English Songs

Thursday, 19 November 2015

Cantik

Apakah definisi cantik menurut anda? Kurus, kulit putih, hidung mancung, bibir merah merekah? Atau kombinasi dari kesemuanya? Cantik hampir di dominasikan untuk kecantikan fisik. Walaupuan ada sesetengah orang mengatakan yang disebut cantik itu dari segi kecantikan dalaman, tetapi kecantikan dari segi luaran masih menjadi keutamaan dalam mengukur nilai kecantikan seseorang itu. Orang akan mengagumi seseorang itu cantik jika penampilannya ibarat seorang model, mempunyai tubuh yang kurus, tinggi, langsing, putih. Demikian hebatnya maksud kecantikan yang dinilai kepada seseorang, menjadikan dirinya obses dalam menurunkan berat badan malah ada sesetengahnya yang sanggup mengeluarkan belanja yang beribu-ribu untuk melakukan pembedahan plastik untuk mencantikkan lagi dirinya. Tetapi sunggukah definisi cantik itu sedemikian?

Cantik itu tidak hanya pada penampilan luaran sahaja. Kecantikan seseorang itu tidak hanya dilihat pada penampilan fisik sahaja. Tetapi lebih dari itu, Wanita cantik ialah wanita yang menjadi dirinya sendiri. Mungkin kita sering mendengar pelbagai informasi mengenai kecantikan seseorang wanita itu. Malah belbagai iklan dan akhbar yang menggembar-gemborkan kecantikan wanita itu adalah yang bekulit putih, berhidung mancung, bertubuh langsing. Padahal wanita dilahirkan dengan keistimewaan dan keunikan tersendiri. Apa yang penting dari kita ialah keyakinan untuk menjadi diri sendiri. Definisi cantik itu memang subjektif, bergantung kepada individu. Tetapi ada beberapa hal yang membuatkan orang-orang mengakui bahawa dirinya cantik. Beberapa tanda yang menunjukkan bahawa seseorang wanita itu cantik sebenarnya.

1. Mempunyai semangat yang tinggi untuk megejar cita-cita

Seseorang wanita yang cantik itu mempuyai semangat yang tinggi untuk mengejar impiannya. Keberanian dalam menyalurkan minat serta kesungguhan dalam menjadikan impian itu realiti mencerminkan bahawa dirinya bukan wanita lemah yang tidak takut pada apa jua risiko yang bakal berlaku. Semangat untuk mengejar impian ialah merupakan kecantikan yang sebenarnya.

2. Wanita yang berdikari

Sebenarnya bagi lelaki, mereka tidak hanya menginginkan kekasihnya seorang wanita yang cantik semata-mata, malah apa yang mereka lebih inginkan ialah seorang wanita yang mempunyai sifat berdikari serta bijak. Tidak ada gunanya seseorang wanita itu cantik, tetapi tidak bijak malah terlampau bergantung kepada orang lain.

3. Wanita yang mempunyai pemikiran terbuka

Seseorang wanita itu dianggap cantik apabila dia mempunyai wawasan yang luas, dan mampu menghormati pendapat orang lain tanpa harus menghakimi serta mengkritik dengan cara yang tidak sopan. Dia tidak hanya menggap dirinya sahaja yang benar, malah menerima pandangan daripada orang lain. Wanita seperti inilah yang disenangi oleh masyarakat sekelilingnya.

4. Wanita yang murah senyumannya

Senyum adalah hal yang paling kita lakukan untuk terlihat cantik. Ketika kita tersenyum, kita akan terlihat bahagia, malah orang lain yang melihatnya juga bahagia kerana kecantikan yang terpancar di sebalik senyuman itu.

Kecantikan tidak hanya diukur pada kecantikan fisik sahaja. Apa yang menjadi seseorang wanita itu cantik adalah kerana keperibadian dan sifatnya sahaja. 

Hilang


Hilang? Hanya memerlukan satu patah perkataan sahaja, tetapi membawa maksud yang mendalam kepada diri kita terutamanya bagi seseorang yang pernah mengalaminya sendiri. Adakah kehilangan memberi kesan yang besar dalam kehidupan kita? Adakah ia merupakan sesuatu hal yang menyakitkan apabila berlaku sesuatu kehilangan. Tidak kira apa jua kehilangan sama ada kehilangan benda berharga, orang terpenting, kehilangan pekerjaan, kehilangan harta, kehilangan kesihatan, kehilangan cinta dan kasih-sayang malah ada yang kehilangan harapan. Kehilangan merupakan sesuatu yang istimewa yang asalnya ada pada kita tetapi sudah tiada bersama kita. Kehilangan itu sangat menyakitkan yang tidak dapat digambarkan oleh kita jika tidak mengalaminya sendiri. Kadang kala kehilangan juga dapat membuat kehidupan kita bahagia seperti hilangnya kesakitan, musuh, beban masalah dan sebagainya.  

Pada dasarnya, ketika manusia kehilangan sesuatu yang istimewa ia akan mengalami kegelisahan, stress atau mungkin depresi. Hal ini merupakan yang wajar kerana merupakan fitrah manusia. Tapi, kita janganlah membiarkan  dirinya mengelami keluh kesah kerana kehilangan sesuatu kerana ia akan menyebabkan sesuatu yang lebih buruk akan berlaku. Apa yang penting ialah kita menerimanya dengan hati yang terbuka.  

Kehilangan yang paling berat yang terpaksa dipikul oleh seseorang itu ialah kehilangan orang yang dicintai. Kehilangan yang menyebabkan kita menitiskan air mata atas apa yang berlaku. Kehilangan yang semestinya tidak dapat diterima oleh akal fikiran kita apabila orang yang sentiasa mendampingi kita selama ini telah pergi jua. 

Saban tahun kita didedahkan oleh berita 'hilang anak' di dada-dada akhbar malah di media elektronik. Kehilangan yang mengejut ini sebenarnya tidak boleh diterima oleh akal fikiran kita. Anak yang selama ini dihasuh dengan penuh kasih- sayang telah pergi jua tanpa jejak. Kehilangan ini merupakan sesuatu yang tragis kerana kehilangannya menjadi tanda tanya. Kita tidak tahu sama ada 'anak itu' masih hidup atau kita, masih bernyawa atau tidak. Sebenarnya tunjang kepada permasalahan ini adalah kerana kelalaian ibu bapa sendiri dalam memantau anak-anak mereka. 

Sesetengah ibu bapa yang membiarkan anak-anak mereka keluar rumah untuk ke kedai, taman permainan tanpa ada orang yang lebih dewasa sebagai peneman merupakan sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku. Ibu bapa kini semestinya harus tahu bahawa zaman moden ini tidak sama seperti zaman mereka kerana mereka bebas untuk keluar ke mana-mana sahaja tanpa perlu memikirkan keselamatannya. Zaman moden kini makin 'gila'. Mereka sanggup membuat apa-apa sahaja untuk menculik anak-anak ini demi mendapat keuntungan. 

Beberapa puluh tahun sebelum ini, penculik hanya menculik anak-anak ini untuk mendapat wang tebusan dan semestinya mereka cuba untuk tidak mencederakan anak-anak yang mereka culik ini. Tetapi beberapa tahun kebelakangan ini, kita digemparkan dengan berita mengenai penculikan anak-anak untuk mendapatkan organ dalaman mereka adalah merupakan sesuatu yang tidak wajar. Kanak-kanak ini diculik untuk mendapatkan organ mereka dan menjualnya di selatan Thailand. Tubuh kanak-kanak yang tidak mempunyai organ ini kemudiannya akan dibuang di sesuatu tempat. 

Hal ini sangat menyedihkan kerana ibu bapa bukan sahaja kehilangan nyawa anaknya malah anak-anak ini dilakukan dengan tidak wajar dengan mengambil organ mereka. Hal ini merupakan peringatan kepada ibu bapa supaya sentiasa berwaspada selalu kerana terdapat pelbagai kemungkinan yang bakal berlaku. Mereka sentiasa perlu mengingati bahawa zaman moden kini tidak sama seperti 10 atau 20 tahun dahulu kerana manusia kini makin 'gila' dan sanggup melakukan apa jua demi mengaut keuntungan.

Kehilangan ini mengajarkan kita erti seorang hamba dan kekuatan”.

"Kehilangan ini bukanlah melemahkan, malah menguatkan". 

Monday, 26 October 2015

Erti Kemajuan

Erti Kemajuan

Apa itu kemajuan? Secara umumnya terdapat pelbagai maksud yang menghuraikan tentang erti kemajuan. Namun secara khusus, kemajuan boleh diklasifikasikan kepada peningkatan atas apa yang telah kita miliki. Ia juga merupakan sesuatu perubahan yang jauh lebih baik daripada sebelumnya. Inilah pengertian kepada sebuah kemajuan.

Perubahan kepada sesuatu yang lebih baik juga merupakan erti kemajuan kepada kita. Kita tidak boleh hanya mensyukuri atas apa yang kita miliki sekarang tanpa berusaha untuk mendapat kehidupan yang lebih baik. Sikap masyarakat Melayu khususnya tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk mengubah kehidupan mereka ke arah yang lebih baik. Saya bercakap bukan soal perkauman tetapi saya juga bangsa Melayu yang dilahirkan dengan adat resam dan gaya hidup kemelayuan. Tetapi saya juga tidak diajar untuk sentiasa redha dan mensyukuri atas apa yang dimiliki sekarang. Tetapi saya diajar dari kecil untuk sentiasa berusaha untuk mendapatkan apa yang diingini dan sentiasa berusaha untuk mengubah hidup ke arah yang lebih baik. Saya dari kecil tinggal di penempatan yang ramai bangsa Tionghoa dan sentiasa mempelajari dan melihat cara hidup masyarakat Tionghoa dari segi budaya, perayaan dan sebagainya. Perkara paling penting yang dapat saya pelajari dari mereka ialah sifat rajin yang telah di didik sejak kecil lagi. Malah tidak hairan jika saya rapat dengan kawan-kawan Cina sejak sekolah menengah. Kemajuan untuk mengubah hidup terutamanya dengan mendapat pendidikan yang lebih baik dapat membantu seseorang untuk mengubah hidupnya. Jika seseorang itu dilahirkan dalam kalangan keluarga susah, tidak semestinya dia akan susah selamanya dengan syarat dia berani untuk mengubah hidupnya.

Kemajuan juga boleh diklasifikasikan sebagai kemajuan dari segi teknologi. Ini merupakan kemajuan yang selalu diuar-uarkan bukan sahaja kerajaan Malaysia malahan negara dari seluruh dunia. Dalam meniti arus kemajuan, kita tidak boleh sesekali ketinggalan terutamanya dari segi teknologi. Kemajuan dari segi teknologi telah membawa pelbagai perubahan positif kepada kita. Teknologi memudahkan kehidupan kita seharian. Misalnya telefon bimbit yang telah menjadi keperluan kepada semua orang tidak kira kaya atau miskin, muda atau tua. Maka tidak hairanlah kanak-kanak yang masih bersekolah rendah sudah mempunyai telefon bimbit malah ada yang lebih canggih dan moden. Keadaan ini sangat berbeza ketika saya masih bersekolah. Ketika saya bersekolah menengah barulah saya berjinak-jinak dengan telefon. Itupun digunakan untuk menelefon dan menghantar sistem pesanan ringkas sahaja. Tidak ada aksesori yang canggih ketika itu. Kemajuan semakin lama menjadi semakin rancak terutamanya kemajuan dalam sesebuah negara. Negara-negara maju misalnya sentiasa menduduki kedudukan yang tinggi dalam penciptaan teknologi moden sebaliknya negara-negara membangun hanya menjadi pengikut arus kemajuan.

Kita tidak akan mendapat kemajuan dalam diri kita jika bukan kita yang memulakan dahulu. Nasib kita tidak dapat diubah jika bukan kita yang mengubahnya. Jangan sesekali kita mempunyai sifat pasrah dan menyerah dalam kamus hidup kita. Tidak ada makna terlambat dalam kamus kehidupan dengan syarat kita sentiasa berusaha dan tetap berusaha. Sekali kita melangkah, kita tetap akan terus melangkah untuk meneruskan kehidupan kita. Jangan sesekali berhenti berusaha. Manusia yang berhenti berusaha ialah manusia yang telah gagal dalam hidupnya. Tetaplah berusaha walaupun sedikit. Ia lebih baik dari kita berhenti berusaha langsung. Kerana satu kemajuan dalam hidup kita sahaja mampu mengubah seluruh kisah hidup kita.

“Sesungguhnya bangsa yang berjaya ialah bangsa yang rajin dan sanggup menghadapi cabaran hidup.'Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dunia moden adalah dunia perlumbaan. Yang malas akan ketinggalan. Cuma yang berusaha akan berjaya.'Tun Dr Mahathir Mohamad.

Berusahalah, jangan berpuas hati sehingga yang baik menjadi lebih baik dan yang lebih baik menjadi paling baik. - Larry Bielat. 

Saya tidak kalah apabila saya berada di bawah. Saya hanya kalah sekiranya saya tidak bangun semula dari bawah. - Dr. Shukri Abdullah.

Persefahaman Kaum, Kekuatan Negara

Persefahaman Kaum, Kekuatan Negara

Ingatkah kita pada peristiwa hitam yang telah meragut beratus-ratus nyawa yang tidak berdosa? Peristiwa yang telah membawa negara kepada pengisytiharan darurat. Peristiwa yang sepatutnya tidak berlaku semasa negara telah mencapai kemerdekaan. Peristiwa 13 Mei 1969 telah merobek luka yang dalam terutamanya pada generasi yang lahir pada zaman itu. Walaupun pada zaman itu saya belum dilahirkan, tetapi melalui pembelajaran, cerita-cerita daripada ibu bapa telah memberikan kesimpulan bahawa keadaan negara yang bergolak serta pertelingkahan antara kaum berkaitan hak-hak keistimewaan masing-masing tidak memberi sebarang penyelesaian masalah. Sifat tamak yang timbul pada diri sendiri serta tiada sifat bertolak ansur telah mencalar perpaduan masyarakat Malaysia. Dalam soal ini, tiada siapa yang menang dan juga tiada siapa yang kalah. Sekali kita mempersetujui perjanjian untuk berkongsi hak bersama-sama, selagi itu kita perlu mengotakan janji kita.

Saya teringat semasa saya bersekolah menengah, saya memang mempunyai ramai kawan Cina dan jangan terkejut jika saya cakap, saya sebenarnya lebih rapat dengan kawan-kawan Cina kerana sifat mereka yang baik dan tiada sifat hasad dengki. Saya juga suka berkawan dengan mereka kerana sifat mereka yang rajin dalam pelajaran. Tetapi apabila saya menyambung pengajian di universiti, sifat perkauman semakin hari semakin ketara. Hal ini demikian kerana jurang antara kaum yang telah ditetapkan oleh pihak universiti terutamanya dari segi penginapan pelajar. Saya melihat ini dari segi persepsi negatif kerana bermula dari penginapan pelajar, ia menular kepada sekelompok kaum. Selain itu, pada pendapat saya, tidak salahnya jika kaum lain ingin mempelajari budaya daripada bangsa lain. Jika kaum lain menyambut perayaan, tidak salahnya kita menyertai mereka sekali. Dengan mempelajari budaya bangsa lain, ia membuka minda kita supaya berfikiran terbuka dan memahami budaya bangsa lain. Selain itu, tindakan pihak universiti yang mewajibkan sesetengah jurusan untuk mengambil bahasa lain terutamanya bahasa Mandarin telah membuka ruang yang lebih luas kepada bangsa lain untuk mempelajari bahasa asing. Hal ini merupakan tindakan yang bijak kerana tiada salahnya bangsa lain terutamanya bangsa Melayu untuk mempelajari bahasa lain kerana ia sebagai penghargaan kepada bangsa Cina, India dan lain-lain kerana kerelaan mereka untuk mempelajari bahasa Kebangsaan. Semoga usaha ini mendapat persetujuan dan kerelaan daripada semua bangsa. Sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum, kita hendaklah sentiasa berfikiran terbuka. Kita telah berjanji untuk bersama-sama dalam membangunkan negara, dan dalam masa yang sama kita juga berjanji untuk menghormati agama dan bangsa lain.

Persefahaman dalam kalangan kaum juga telah menarik perhatian mantan Timbalan Perdana Menteri, iaitu Muhyiddin Yassin yang meminta rakyat supaya memelihara tradisi persefahaman dan toleransi antara kaum yang menjadi kunci kekuatan negara selama ini dengan tidak membenarkan mana-mana pihak mencetuskan api perkauman. Jelaslah kita bahawa selama ini keadaan negara yang masih kekal aman adalah disebabkan semangat dan tolerasi daripada semua kaum. Jika runtuhnya semangat perpaduan dalam kalangan kaum, maka akan runtuhlah sebuah negara yang sudah merdeka selama 58 tahun dari lebih 400 tahun negara kita dijajah. Jika dihitung tahun negara kita telah merdeka, sangat tiada nilainya berbanding dengan masa negara kita dijajah oleh negara-negara Barat. Jangan sesekali kita biarkan sifat alpa nenek moyang kita dahulu berulang kembali dengan versi yang baru iaitu meruntuhkan sifat perpaduan kaum yang selama ini kita cuba pertahankan.

Apakah maknanya simpati dan kesedihan kita, jika nikmat yang dirasai di negara sendiri tidak kita hargai.”

Manusia yang lemah sekalipun jika bersatu padu akan dapat menggoncang dunia. Demikianlah kesannya perpaduan.

..Kita boleh mempunyai pendapat yang berbeza dalam politik negara, tetapi apabila kita berhadapan dengan kemungkinan orang lain cuba menjajah kita, kita patut rapatkan barisan, itulah makna patriotisma. Kita rapatkan barisan dan lupakan tentang perselisihan faham antara kita supaya dapat menumpukan kepada segala usaha untuk mempertahankan negara…

…bukan kecil tugas kita; meneruskan perjuangan kemerdekaan kita; kerana rupanya selain kemerdekaan; mengisi kemerdekaan itu jauh lebih sengsara…

Tun Dr Mahathir Mohamad

Perdana Menteri Malaysia (1981-2005)

Wednesday, 13 August 2014


9 TANDA CINTA TIDAK BERBALAS

Assalamualaikum...

Sememangnya indah bagi cinta yg dibalas oleh si dia..Tapi bagaimana jika cinta kita ditolak mentah2 atau 'cinta bertepuk sebelah tangan'...tapi bagaimana pula  kita nak mengetahui cinta kita berbalas atau x?

Apakah si dia menganggap kita sebagai seorang kekasih atau sebagai teman saja??? 

Cinta bertepuk sebelah tangan bukanlah hal yang aneh. Banyak diantara kita, bahkan mungkin kita sendiri pernah mengalami yang namanya cinta bertepuk sebelah tangan. Ingatlah berani jatuh cinta, berarti kita harus  menanggung segala risiko dari kesan  jatuh cinta. Salah satunya cinta di tolak atau  cinta kita bertepuk sebelah tangan. Ada sesetengah dari kita mengetahui cinta kita ditolak oleh si dia. Mungkin sikap berterus terang si dia tanpa berselindung memberitahu kita hanya kawan baginya. Tapi bagaimana pula bagi si dia yg hanya diam membisu tanpa berterus terang tentang isi hatinya terhadap kita?

Agar tak berlama-lama sakit hati, sebaiknya kita harus mencari tahu apakah hubungan kita dengan si dia tak lebih dari sekadar teman baginya atau tidak.....

1. Kita yang selalu memulakan dulu
Kitalah orang yang paling obses mengajaknya menonton filem romantis atau pergi berhibur. Kita pula yang harus memulakan perbualan dulu dengan si dia. Selalunya bila menelefon, kita yang akan menelefon dia dulu tetapi dia juga yang akan meletakkan telefon dahulu bukan kita!!!So, ini berarti kemungkinan besar hanya kita sendiri yang jatuh hati padanya.

2. Ketika hendak berjalan-jalan dengan kita, dia membawa teman
Walaupun dia mengajak kita pada suatu acara, dia membawa teman-temannya sehingga kita dengan si dia tak mendapat masa berdua. Mungkin dia hanya menganggap kita sebagai temanya sahaja.

3. Dia memanggil kita dengan sebutan 'kawan' atau 'teman'
Mungkin juga dia memanggil kita dengan sebutan formal atau nama dan tidak mencerminkan panggilan sayang. Berarti, si dia memang tidak tertarik pada kita.

4. Dia mencurahkan rasa hati terhadap orang lain ketika bersama dengan kita!!
Mencurahkan tentang perasaannya terhadap lelaki atau perempuan lain saat ketika bersama-sama dengan kita tanpa memedulikan perasaan kita. Ini menunjukkan dia memercayai kita hanya sebagai teman.

5. Dia menemukan kita dengan orang lain
Walaupun dia mengetahui kita menyukainya, dia berasa bersalah kerana tidak memiliki perasaan yang sama. Sehingga dia berusaha menebusnya dengan memperkenalkan kita dengan orang lain. Jangan menganggap seberapa jauh dia ingin menguji kita, dia hanya berasa bersalah sahaja.

6. Tidak menghiraukan kita
Saat seseorang menyukai seorang itu , ia akan berusaha mengetahui, bertanya khabar tidak kira siang atau malam, mengambil berat tentang kita. Namun, jika dia tidak mencintai kita, dia tidak mengambil berat tentang kita, makanan kesukaan kita dll. 

7. "Kita kawan, kan?"
Dia sering mengulang-ulang, kita dan dia tetap berkawan..

8. Berbual dengan teman kita tanpa mempedulikan kita
Walaupun kita telah melakukan hal terbaik untuk menarik hatinya, dia malah memilih kawan kita atau orang yang kita kenal sebagai teman berbualnya.

9. Dia berusaha menghindar
Setelah lama tak bertanyakan khabar, dia berjumpa kita tanpa rasa bersalah dan mengaku menghabiskan waktu dengan kawan-kawanya. Jika demikian, tak ada gunanya berniat mengubah perasaannya menjadi cinta pada kita.

Kita harus mengetahui bukan semua cinta kita akan berbalas...Perkara yang paling melukakan hati kita apabila cinta tidak berbalas malah si dia langsung tidak mempedulikan kita..Dari kita membuang masa mencari jalan untuk menambat hatinya, lebih baik kita menghargai seseorang yang tulus menyayangi kita...Walaupun sakit untuk kita melupakannya...

20 Tanda Kita Mencintai Seseorang

Assalamualaikum...

Selalunya kita selalu dpt kesan adakah kita mencintai seseorang itu..kdg2 kita anggap itu cuma mainan perasaan utk menafikan cinta itu...tpi korang sendiri xpasti sama ada cinta itu benar hadir atau hanya mainan perasaan....

Ketahui tanda-tanda adakah korang betul-betul jatuh hati
atau tak pada pandangan pertama :

1.  Terasa selesa memandang dia dan pada mata korang dia tak ada kekurangan, bila dah jatuh cinta semua kekurangan dan kelemahan dia ditolak tepi.

2.  Setiap kali nampak dia mesti jantung terasa laju, perut pun rasa kecut semacam..
kononnya nervous lah katakan..

3.  Hari-hari nak tengok dia, dari jauh pun jadi lah..contoh, dekat tempt kerja nampak kereta or motor dia..so tau lah dia ada berdekatan dengan korang.

4.  Kalau boleh nak cari cara untuk bercakap dengan dia, konon-konon buat-buat bagi barang..at least dapat cakap dengan dia..

5.  Kalau nampak dia ada satu perasaan yang teramat gembira dalam hati, kalau hati tu boleh keluar dah lama dia pergi terjun keluar..terlampau excited punya pasal..

6. Kerap berfikir tentang dia....xkira di mana-mana pun..kadang-kadang sampai terbawa sampai mimpi....

7.  Sentiasa ingin mengetahuai aktiviti dia seperti di facebook,twitter,intagram dan laman sosial lain..

8.  Selalu menghantar text mesej yang mengajak dia berbual dengan korang...

9. Terasa jealous bila ternampak dia dengan orang lain yang tak dikenali,dan tertanya-tanya siapa orang yang sedang dia berkomunikasi.

10.Bayangann kekasih lama sudah mampu dibuang jauh ke dalam laut dah tak kisah
dah pada kekasih lama sebab hati dah suka pada yang baru.

11.Bila tak nampak dia di mana-mana mesti tercari-cari dan bila dia tak ada
timbul perasaan kecewa yang teramat.

13.Selalu tersenyum tanpa sebab, kadang-kadang bila dengar nama dia pun dah boleh buat korang senyum sampai telinga.

14.Selalu nak cuba berpakaian cantik,comel,smart or hensem bergaya semata-mata nak dia memandang korang.

15. Sering bercerita pada kawan rapat tentang apa yang si dia buat hari ni, apa yang
berlaku antara korang dengan si dia, mungkin perkara kecil pun akan diceritakan
pada kawan baik.

16. Lama kelamaan dia mula menjadi obsessi korang

17. Minta nombor telefon dia

18. Sering curi gambar yang ada muka dia dari mana-mana laman sosial atau sering
mencuri-curi tangkap gambar dia

19. Sering berpura-pura melihat sekeliling padahal mata mencuri pandang dekat dia

20. Tanda-tanda seterusnya rasa korang dah boleh agak dah apa yang terjadi..
semua terpulang pada korang sama ada dia menyukai korang balik atau cinta korang sekadar bertepuk sebelah tangan sahaja..

Mencintai seseorang memang mudah tapi mengharapkan cinta itu
berbalas amat seksa rasanya...xpasti sama ada si dia juga mencintai
kita atau tidak....
so, korang kena tau cara utk memberitau si dia!!!
untuk nk pastikan dia mencintai anda atau x!!!


Assalamualaikum....Hai My Followers...For your information, blog ini saya created untuk mengumpulkan segala permasalahan tentang cinta...t'lalu banyak masalah yang berkaitan dgn cinta..cuma kita sendiri yg xtau...itu sbbnya blog ini dinamakan blog "NUR CINTA"....hemm...by the way, kadang2 kita xperasan seseorang mencintai kamu secara diam.... 24 CIRI-CIRI ORANG YANG MENCINTAI KAMU!!!!

Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
  1. Orang yang mencintai kamu tidak pernah mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
  2. Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
  3. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
  4. Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia ingin tahu kegiatan kamu.
  5. Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata cinta itu.
  6. Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
  7. Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca. kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
  8. Orang yang mencintai kamu selalu mengingati setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan orang yang mencintai kamu.
  9. Orang yang mencintai kamu akan belajar menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu – kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu, tapi akhirnya dia berjaya.
  10. Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
  11. Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian, dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
  12. Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
  13. Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat, ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana kamu telah menggegarkan dunianya.
  14. Orang yang mencintai kamu selalu ingin berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya hanya dengan kamu.
  15. Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
  16. Dihatinya dia benar-benar takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
  17. Orang yang mencintai kamu bertindak lebih seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
  18. Orang yang mencintai kamu sering melakukan hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS. Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
  19. Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf dan tak akan melakukannya lagi.
  20. Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
  21. Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
  22. Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh hatinya.
  23. Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
  24. Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia benar-benar mengerti apa itu cinta.
“Pernah adakah orang yang berbuat seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”

Ada seseorang b'tanya...knape kau cintakan aku...apa kelebihan yg aku ade? kadang2 kita xmampu utk memberikan jawapan sbb kita sendiri xtau knape perasaan itu boleh wujud...cinta itu dtg sendiri...tnpa dipaksa... so, aq memang xde jawapan utk soalan itu....jawapan dy t'kubur mcm 2 je...tnpa jawapan smpai sekarang......