Assalamualaikum....Hai My Followers...For your information, blog ini
saya created untuk mengumpulkan segala permasalahan tentang cinta...t'lalu
banyak masalah yang berkaitan dgn cinta..cuma kita sendiri yg xtau...itu sbbnya
blog ini dinamakan blog "NUR CINTA"....hemm...by the way, kadang2
kita xperasan seseorang mencintai kamu secara diam.... 24 CIRI-CIRI ORANG YANG
MENCINTAI KAMU!!!!
Dalam kehidupan, kamu tidak sedar apa
yang dilakukan oleh seseorang terhadap diri kamu merupakan satu petanda yang
dia mencintai kamu. Dia tidak ingin kamu tahu secara terus daripada mulut dia
tetapi dia menunjukkannya melalui perbuatan. Berikut merupakan 24 ciri-ciri
yang dilakukan oleh seseorang yang menunjukkan bahawa dia mencintai kamu.
- Orang yang mencintai kamu tidak pernah
mampu memberikan alasan kenapa dia mencintai kamu. Yang dia
tahu di hati dan matanya hanya ada kamu satu-satunya.
- Walaupun kamu sudah memiliki teman istimewa
atau kekasih, dia tidak perduli! Baginya yang penting kamu
bahagia dan kamu tetap menjadi impiannya.
- Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu apa
adanya, di hati dan matanya kamu selalu yang tercantik walaupun
mungkin kamu merasa berat badan kamu sudah bertambah.
- Orang yang mencintai kamu selalu ingin tahu
tentang apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, dia
ingin tahu kegiatan kamu.
- Orang yang mencintai kamu akan mengirimkan SMS
seperti ‘selamat pagi’, ‘selamat hari minggu’, ‘selamat tidur’, ‘take
care’, dan lain-lain lagi, walaupun kamu tidak membalas SMS nya, kerana dengan
kiriman SMS itu lah dia menyatakan cintanya, menyatakan dalam cara yang
berbeza, bukan “aku CINTA padamu”, tapi berselindung ayat selain kata
cinta itu.
- Jika kamu menyambut hari jadi dan kamu tidak
mengundangnya ke majlis yang kamu adakan, setidak-tidaknya dia akan
menelefon untuk mengucapkan selamat atau mengirim SMS.
- Orang yang mencintai kamu akan selalu mengingat
setiap kejadian yang dia lalui bersama kamu, bahkan mungkin
kejadian yang kamu sendiri sudah melupakannya, kerana saat itu ialah
sesuatu yang berharga untuknya. dan saat itu, matanya pasti berkaca.
kerana saat bersamamu itu tidak boleh berulang selalu.
- Orang yang mencintai kamu selalu mengingati
setiap kata-kata yang kamu ucapkan, bahkan mungkin kata-kata
yang kamu sendiri lupa pernah mengungkapkannya. Kerana dia menyematkan
kata-katamu di hatinya, berapa banyak kata-kata penuh harapan yang kau
tuturkan padanya, dan akhirnya kau musnahkan? Pasti kau lupa, tetapi bukan
orang yang mencintai kamu.
- Orang yang mencintai kamu akan belajar
menggemari lagu-lagu kegemaran kamu, bahkan mungkin
meminjam CD milik kamu, kerana dia ingin tahu apa kegemaran kamu –
kesukaan kamu kesukaannya juga, walaupun sukar meminati kesukaan kamu,
tapi akhirnya dia berjaya.
- Kalau kali terakhir kalian bertemu kamu
mungkin sedang selesema, atau batuk-batuk, dia akan sentiasa mengirim
SMS atau menelefon untuk bertanya keadaan kamu – kerana dia
bimbangkan tentang kamu, peduli tentang kamu.
- Jika kamu mengatakan akan menghadapi ujian,
dia akan menanyakan bila ujian itu berlangsung, dan saat harinya tiba dia
akan mengirimkan SMS ‘good luck’ untuk memberi semangat kepada kamu.
- Orang yang mencintai kamu akan memberikan suatu
barang miliknya yang mungkin buat kamu itu ialah sesuatu yang
biasa, tetapi baginya barang itu sangat istimewa.
- Orang yang mencintai kamu akan terdiam sesaat,
ketika sedang bercakap di telefon dengan kamu, sehingga
kamu menjadi bingung. Sebenarnya saat itu dia merasa sangat gugup kerana
kamu telah menggegarkan dunianya.
- Orang yang mencintai kamu selalu ingin
berada di dekat kamu dan ingin menghabiskan hari-harinya
hanya dengan kamu.
- Jika suatu saat kamu harus pindah ke daerah
lain, dia akan sentiasa memberikan nasihat agar kamu waspada
dengan persekitaran yang boleh membawa pengaruh buruk kepada kamu dan jauh.
- Dihatinya dia benar-benar
takut kehilangan kamu, pernah dengar ‘jauh dimata, dekat dihati?’
- Orang yang mencintai kamu bertindak lebih
seperti saudara daripada seperti seorang kekasih.
- Orang yang mencintai kamu sering melakukan
hal-hal yang SENGAL seperti menelefon kamu 100 kali dalam
masa sehari. Atau mengejutkan kamu di tengah malam dengan mengirim SMS.
Sebenarnya ketika itu dia sedang memikirkan kamu.
- Orang yang mencintai kamu kadang-kadang merindukan kamu
dan melakukan hal-hal yang membuat kamu pening kepala. Namun ketika
kamu mengatakan tindakannya itu membuat kamu terganggu dia akan minta maaf
dan tak akan melakukannya lagi.
- Jika kamu memintanya untuk mengajarimu sesuatu
maka ia akan mengajarimu dengan sabar walaupun
kamu mungkin orang yang terbodoh di dunia! Bahkan dia begitu gembira
kerana dapat membantu kamu. Dia tidak pernah mengelak dari menunaikan
permintaan kamu walau sesukar mana permintaan mu.
- Kalau kamu melihat handphone-nya maka nama kamu akan
menghiasi sebahagian besar INBOX-nya. Dia masih menyimpan
SMS-SMS dari kamu walaupun ia kamu kirim berbulan-bulan atau
bertahun-tahun yang lalu. Dia juga menyimpan surat-surat kamu di tempat
khas dan segala pemberian kamu menjadi benda-benda berharga buatnya.
- Dan jika kamu cuba menjauhkan diri daripadanya
atau memberi reaksi menolaknya, dia akan menyedarinya dan
menghilang dari kehidupan kamu, walaupun hal itu membunuh
hatinya.
- Jika suatu saat kamu merindukannya dan ingin
memberinya kesempatan dia akan ada menunggu kamu kerana sebenarnya dia tak pernah
mencari orang lain, dia sentiasa menunggu kamu.
- Orang yang begitu mencintaimu, tidak pernah
memaksa kamu memberinya sebab dan alasan, walaupun hatinya meronta ingin
mengetahui, kerana dia tidak mahu kamu terbeban dengan karenahnya. Saat
kau pinta dia berlalu, dia pergi tanpa menyalahkan kamu, kerana dia
benar-benar mengerti apa itu cinta.
“Pernah adakah orang yang berbuat
seperti di atas kepada kamu? Jika ada, jangan pernah mensia-siakan orang
tersebut… Kamu akan menyesal melakukannya!”
Ada seseorang b'tanya...knape kau
cintakan aku...apa kelebihan yg aku ade? kadang2 kita xmampu utk
memberikan jawapan sbb kita sendiri xtau knape perasaan itu boleh wujud...cinta
itu dtg sendiri...tnpa dipaksa... so, aq memang xde jawapan utk soalan
itu....jawapan dy t'kubur mcm 2 je...tnpa jawapan smpai sekarang......
No comments:
Post a Comment