Hilang? Hanya memerlukan satu patah
perkataan sahaja, tetapi membawa maksud yang mendalam kepada diri kita
terutamanya bagi seseorang yang pernah mengalaminya sendiri. Adakah kehilangan
memberi kesan yang besar dalam kehidupan kita? Adakah ia merupakan sesuatu hal
yang menyakitkan apabila berlaku sesuatu kehilangan. Tidak kira apa jua
kehilangan sama ada kehilangan benda berharga, orang terpenting, kehilangan
pekerjaan, kehilangan harta, kehilangan kesihatan, kehilangan cinta dan
kasih-sayang malah ada yang kehilangan harapan. Kehilangan merupakan sesuatu
yang istimewa yang asalnya ada pada kita tetapi sudah tiada bersama kita.
Kehilangan itu sangat menyakitkan yang tidak dapat digambarkan oleh kita jika tidak
mengalaminya sendiri. Kadang kala kehilangan juga dapat membuat kehidupan kita
bahagia seperti hilangnya kesakitan, musuh, beban masalah dan sebagainya.
Pada dasarnya, ketika manusia
kehilangan sesuatu yang istimewa ia akan mengalami kegelisahan, stress atau
mungkin depresi. Hal ini merupakan yang wajar kerana merupakan fitrah manusia.
Tapi, kita janganlah membiarkan dirinya mengelami keluh kesah kerana
kehilangan sesuatu kerana ia akan menyebabkan sesuatu yang lebih buruk akan
berlaku. Apa yang penting ialah kita menerimanya dengan hati yang terbuka.
Kehilangan yang paling berat yang
terpaksa dipikul oleh seseorang itu ialah kehilangan orang yang dicintai.
Kehilangan yang menyebabkan kita menitiskan air mata atas apa yang berlaku.
Kehilangan yang semestinya tidak dapat diterima oleh akal fikiran kita apabila
orang yang sentiasa mendampingi kita selama ini telah pergi jua.
Saban tahun kita didedahkan oleh berita
'hilang anak' di dada-dada akhbar malah di media elektronik. Kehilangan yang
mengejut ini sebenarnya tidak boleh diterima oleh akal fikiran kita. Anak yang
selama ini dihasuh dengan penuh kasih- sayang telah pergi jua tanpa jejak.
Kehilangan ini merupakan sesuatu yang tragis kerana kehilangannya menjadi tanda
tanya. Kita tidak tahu sama ada 'anak itu' masih hidup atau kita, masih
bernyawa atau tidak. Sebenarnya tunjang kepada permasalahan ini adalah kerana
kelalaian ibu bapa sendiri dalam memantau anak-anak mereka.
Sesetengah ibu bapa yang membiarkan
anak-anak mereka keluar rumah untuk ke kedai, taman permainan tanpa ada orang
yang lebih dewasa sebagai peneman merupakan sesuatu yang tidak sepatutnya
berlaku. Ibu bapa kini semestinya harus tahu bahawa zaman moden ini tidak sama
seperti zaman mereka kerana mereka bebas untuk keluar ke mana-mana sahaja tanpa
perlu memikirkan keselamatannya. Zaman moden kini makin 'gila'. Mereka sanggup
membuat apa-apa sahaja untuk menculik anak-anak ini demi mendapat
keuntungan.
Beberapa puluh tahun sebelum ini,
penculik hanya menculik anak-anak ini untuk mendapat wang tebusan dan
semestinya mereka cuba untuk tidak mencederakan anak-anak yang mereka culik
ini. Tetapi beberapa tahun kebelakangan ini, kita digemparkan dengan berita
mengenai penculikan anak-anak untuk mendapatkan organ dalaman mereka adalah merupakan
sesuatu yang tidak wajar. Kanak-kanak ini diculik untuk mendapatkan organ
mereka dan menjualnya di selatan Thailand. Tubuh kanak-kanak yang tidak
mempunyai organ ini kemudiannya akan dibuang di sesuatu tempat.
Hal ini sangat menyedihkan kerana ibu
bapa bukan sahaja kehilangan nyawa anaknya malah anak-anak ini dilakukan dengan
tidak wajar dengan mengambil organ mereka. Hal ini merupakan peringatan kepada
ibu bapa supaya sentiasa berwaspada selalu kerana terdapat pelbagai kemungkinan
yang bakal berlaku. Mereka sentiasa perlu mengingati bahawa zaman moden kini
tidak sama seperti 10 atau 20 tahun dahulu kerana manusia kini makin 'gila' dan
sanggup melakukan apa jua demi mengaut keuntungan.
“Kehilangan ini
mengajarkan kita erti seorang hamba dan kekuatan”.
"Kehilangan ini bukanlah melemahkan, malah
menguatkan".
No comments:
Post a Comment